JIKA ORANG LAIN BISA MENGAPA KITA TIDAK

Rabu, 14 November 2012

MENGAPA WANITA PERLU MEMAKAI JILBAB???


Wahai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan istri-istri

orang mukmin: “Hendaklah
mereka berjilbab (berkerudung dan
berpakain panjang) menutupi
tubuh mereka. ” Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal, karena itu mereka tidak di
ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
(33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH
telah jelas menyatakan perihal
mengapa wanita wajib berjilbab
(bertudung dan berpakaian labuh
yang menutupi tubuh mereka
dengan sempurna).
Kenapa?? Karena :

1. Sebagai lambang bahwa
mereka adalah wanita yang
beriman dan bertaqwa. Wanita
yang sentiasa beriman dan taat,
pasti akan sentiasa mengikuti apa
saja yang diperintahkan oleh
ALLAH dan Rasul-NYA dan
meninggalkan semua perkara
yang dilarang di dalam agamanya
(Islam). Berbeda dengan mereka
yang tidak beriman (tanpa
memandng lelaki maupun wanita),
mereka amat ingkar dengan
perintah ALLAH dan Rasulullah.

2. Berupaya mengelakkan
gangguan daripada golongan
yang berhati jahat. “kerana itu
mereka tidak di ganggu”. Bagi
point yang kedua ini, saya ingin
membawakan satu perumpamaan.
Andainya kita seorang lelaki
dihidangkan dengan satu “show”
yang menayangkan wanita
dengan keadaan yang amat
menghairahkan (seksi), sudah
tentu nafsu syahwat si lelaki akan
terangsang sekaligus
mencetuskan satu niat yang jahat
untuk “mendapatkan” wanita
yang dilihatnya itu atau pun
wanita lain yang seumpamanya
bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeda pula jika kita sebagai
lelaki diperlihatkan dengan
wanita-wanita solehah yang
sentiasa menjaga adabnya
sebagai seorang muslimah yang
mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk
mata memandang lalu mampu
mendetikkan rasa keinsafan
(malu) dalam diri si lelaki.
Begitulah hakikatnya peranan
jilbab mampu mencegah hati-hati
manusia yang berniat jahat.

3. Membedakan sama-ada wanita
itu muslim atau non-muslim.
“ supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal” Sebagai seorang
wanita muslim, sewajibnya
mereka menutup aurat dan
berkerudung. Yang dengan itu,
sekaligus membedakan mereka
dengan gaya orang yang bukan
muslim. Dan berdasarkan Tafsir
Ibn Kathir, jilbab membedakan di
antara wanita hamba dengan
wanita yang merdeka di mana
orang yang merdeka wajib
berkerudung. Manakala dalam
tafsiran yang lain, dinyatakan
bahawa pemakaian tudung dan
penutupan aurat melambangkan
dia adalah wanita yang
bertamadun kerana tahu menjaga
kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu
menghalang pelbagai penyakit
kulit. Menurut kajian saintifik
terkini membuktikan bahawa kulit
wanita adalah lebih sensitif
berbanding kulit lelaki. Maka oleh
kerana itulah, kulit wanita
memerlukan sistem penjagaan
yang lebih rapi dan baik
berbanding kulit lelaki. Dengan
keadaan zaman sekarang ini yang
mana, persekitaran kita begitu
berbahaya dengan pelbagai jenis
pencemaran yang melanda.
SILAHKAN DI TAG / DI BAGIKAN


Tidak ada komentar: